ZURICH: Tadej Pogacar menambah gelaran perlumbaan jalan raya dunia kepada kemenangannya dalam Tour de France dan Giro d’Italia yang berlangsung pada 29 September, untuk menjadi atlet pertama sejak 1987 memenangi tiga mahkota acara berbasikal pada musim yang sama.
Jaguh pelumba Slovenia berusia 26 tahun itu memenangi perlumbaan sejauh 273 kilometer mengelilingi Zurich dalam masa 6 jam 27 minit dan 30...





