Beberapa penduduk Commonwealth mengalami gangguan bekalan air buat sementara pada 24 September apabila sebuah paip air mengalami kerosakan sewaktu kerja-kerja pembinaan projek Bina Ikut Tempahan (BTO).
Dalam satu hantaran Facebook berasingan pada hari yang sama, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan agensi air negara, PUB, berkata kejadian itu berlaku pada waktu malam ketika kerja-kerja dijalankan bagi projek BTO, Tanglin Halt...





