Sebanyak 45 tiket bagi perbicaraan kes mahkamah mantan menteri pengangkutan, S. Iswaran, pada 24 September disediakan untuk media dan orang awam. Ia mula diagihkan pada 7 pagi.
Orang pertama yang beratur untuk mendapatkan tiket itu, Encik Darren Tan, 24 tahun, berkata beliau tiba di Mahkamah Agung sekitar 5 pagi, kerana bimbang semua tiket akan direbut.





