MELAKA: Seorang remaja dan adik perempuannya berusia lima tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh kontena sampah di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat Stadium Hang Jebat, Melaka, lewat petang 23 September.
Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu, mangsa Allahyarham Muhammad Amirul Hazlin, 18 tahun, dan adik perempuannya, Allahyarhamha Nur Afiqah Sofea Hazlin, lima tahun, dalam perjalanan untuk menziarahi...





