HARARE: Menyusuli kritikan yang timbul, penguasa kehidupan liar Zimbabwe pada 18 September mempertahankan rancangannya mematikan 200 gajah yang bertujuan meredakan tekanan ke atas sumber yang terjejas akibat kemarau.
Badan itu berkata langkahnya mematikan gajah merupakan yang pertama kali dalam sekitar 35 tahun, dan adalah satu keperluan memandangkan Zimbabwe berdepan kesukaran menangani jumlah haiwan besar yang terlampau banyak di samping kemarau...





