Sebanyak $50,000 disumbang oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat huraian logistik MES Group, Encik Mohamed Abdul Jaleel, bagi usaha mengumpul dana kemanusiaan buat Gaza, Palestin yang dijalankan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).
Cek tersebut diserahkan kepada CEO RLAF, Encik Adnan Abdul Hamid, sewaktu Simposium India Muslim di Hab Islam Singapura pada 21 September, sambil disaksikan Menteri Negara (Ehwal...





