Jamiyah Singapura bakal meneruskan warisan mereka dalam menganjurkan sambutan Maulidur Rasul dengan skala besar-besaran. Majlis Maulidur Rasul 1446 Hijrah bertajuk ‘Selawat & Salam Untukmu, Ya Rasulullah saw’ ini menjanjikan pengalaman rohani yang mendalam kepada masyarakat Islam di sini.
Setiausaha Agung Jamiyah, Encik Muhammad Khair Baharin, menyatakan bahawa sambutan Maulid Nabi tahun 2024 ini pada 22 September merupakan satu peluang istimewa...





