Dinda tidak akan mudah lupa segala pesan arwah bonda. Kata bonda, lama dahulu, “Marlina, jika kamu tiba-tiba terasa bersendirian, ataupun terasa macam dihempap ketidaksenangan jiwa, usah kamu berkicau racau. Kamu dengarlah lagu yang selalu bonda mainkan ketika bersendirian juga semasa disuntik kesepian, gara-gara bersendirian setelah arwah ayah kamu berpulang meninggalkan ibu, menjaga dan membesarkan kamu sehingga besar panjang dan dewasa...





