YANGON: Angka kematian di Myanmar susulan Taufan Yagi meningkat kepada 74 orang, lapor media pemerintah pada 15 September, sehari selepas juntanya memohon bantuan asing yang jarang dilakukan sebelum ini.
Banjir dan tanah runtuh telah mengorbankan hampir 350 orang di Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand susulan Taufan Yagi, yang melanda wilayah itu hujung minggu lalu, menurut angka rasmi.





