Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata kesatuan, majikan dan pemerintah telah melakarkan huraian yang memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat dan pekerja platform, yang pastikan layanan adil sementara kekalkan fleksibiliti yang ditawarkan kerja gig.
Menulis di Facebook, Encik Wong berkata Rang Undang-Undang Pekerja Platform yang diluluskan di Parlimen merupakan satu rang penting yang secara ketara mempertingkat perlindungan bagi pekerja platform.





