Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, tiba di Singapura pada 10 September bagi memulakan rangka lawatan rasmi lima hari bagi menghadiri Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei ke-10.
Ketibaan beliau, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, di Kompleks VIP Lapangan Terbang Changi disambut Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki...





