Kesatuan sekerja di Singapura bebas mengutarakan keprihatinan dan memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja, meskipun Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkongsi hubungan simbiotik, kata para Anggota Parlimen (AP) parti pemerintah itu di Parlimen pada 10 September.
Hubungan simbiotik antara NTUC dengan parti pemerintah itu tidak bersifat ‘atasan-bawahan’, dengan kerjasama kukuh antara kesatuan, majikan dengan pemerintah yang...





