Taman Tugu Pengasas yang akan datang di Taman Bay East, Gardens by The Bay, akan menelan belanja $335 juta untuk dibina.
Menjawab soalan Encik Louis Chua (GRC Sengkang), Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, memberitahu Parlimen pada 9 September bahawa kos pembangunan adalah berdasarkan prospek dan unjuran semasa.





