IPOH: Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk melalui Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki dan menangkap suspek warga Indonesia yang dipercayai terbabit susulan penemuan mayat bayi yang ditanam di anjung kereta berlantai simen di sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak, pada 28 Ogos.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata ketika ini usaha mengesan suspek iaitu seorang...





