Kerugian portal hartanah PropertyGuru makin bertambah pada suku kedua berakhir 30 Jun dengan kerugian bersih $16.1 juta, mengatasi $6.5 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, pendapatan kumpulannya untuk suku kedua meningkat 10.3 peratus kepada $40.7 juta, daripada $36.9 juta pada tempoh sama pada 2023.





