Di Taman Bidadari yang baru dibuka, terdapat tasik indah yang boleh melindungi estet Bidadari daripada banjir kilat. Tasik Alkaff ialah ciri utama taman hijau seluas kira-kira 13 hektar itu, terletak di tengah-tengah estet Bidadari baru, yang dahulu pernah menjadi tanah perkuburan.
Walaupun ia mengimbau kembali kenangan Taman Tasik Alkaff dari 1930-an hingga 1960-an, tasik baru itu mempunyai satu lagi fungsi...





