Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan sebuah institusi unik yang mempunyai kepentingan khusus kepada Singapura, dan negara ini komited untuk memperkukuh dan terus menyokong pertubuhan itu dalam misinya, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Beliau berkata PBB merupakan sebuah platform bagi negara-negara berhimpun untuk menangani cabaran bersama, dan tiada satu negara pun boleh menyelesaikan cabaran global secara bersendirian, lebih-lebih lagi di...





