Meskipun pembinaan flat tertangguh akibat pandemik Covid-19, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kini berada di landasan yang baik untuk menyiapkan kira-kira 18,000 flat baru daripada 24 projek perumahan menjelang akhir 2024, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.
Dalam satu catatan Facebook pada 2 September, Encik Lee berkata HDB telah mencapai kemajuan yang baik dan akan menyelesaikan kesemua baki projek...





