JAKARTA: Bekas Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah badan bukan pemerintah (NGO) atau parti politik baru selepas beliau tidak lagi terlibat dalam persaingan Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) 2024.
“Bagi mengumpulkan semua semangat perubahan yang kini semakin hari semakin kuat, dan menjadikannya satu kekuatan gerakan, maka membentuk NGO atau parti politik baru mungkin adalah jalan yang...





