Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan melawat Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan dari 1 hingga 5 September.
Menurut satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 31 Ogos, lawatan itu sebahagian daripada usaha mengukuhkan hubungan Singapura dengan UAE dan Jordan untuk menjalin kerjasama pada masa hadapan.





