Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dari 31 Ogos hingga 2 September, atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Encik Guterres ke Singapura sebagai Setiausaha Agung PBB.





