Orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakan krim, ‘Touch Skin by Dermacare Skin Relief Treatment’, yang menyebabkan seorang wanita berusia 50-an tahun mengalami reaksi kulit yang teruk selepas menggunakannya, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 26 Ogos.
Krim itu dikatakan dapat meredakan ekzema, cacar air dan gigitan serangga, tetapi ujian HSA mendedahkan ia mengandungi sejenis steroid berbahaya iaitu betamethasone...





