KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memandang serius dan menjalankan siasatan lanjut susulan tindakan Agensi Antirasuah Bangladesh ke atas empat bekas Ahli Parlimennya (AP) yang didakwa mendalangi sindiket penipuan pekerjaan dengan nilai anggaran 24,000 crore taka Bangladesh ($2.65 bilion).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia susulan laporan Dhaka Tribune menerusi sumbernya yang mendakwa sindiket itu, melibatkan bekas Menteri...





