Sukan Dalaman dan Seni Mempertahan Diri Asia (Aimag) keenam telah dibatalkan pada 19 Ogos, kira-kira tiga bulan sebelum ia dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 30 November di Bangkok dan Chonburi, Thailand.
Pembatalan “sebulat suara” temasya sukan empat tahun sekali itu dibuat Majlis Olimpik Asia (OCA) selepas satu mesyuarat tergempar bersama Lembaga Eksekutifnya pada 15 Ogos, atas alasan “kekurangan bajet, infrastruktur...





