Lebih banyak sokongan, seperti menerusi geran dan akses keutamaan, akan diberikan kepada warga Singapura, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, warga emas dan bujang yang ingin tinggal berdekatan atau bersama ibu bapa mereka.
Demikian antara pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Encik Lawrence Wong semasa ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) sulungnya pada 18 Ogos di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central...





