Proses kawal selia yang memerlukan syarikat mematuhi syarat dan peraturan tertentu dalam menjalankan operasi dan perniagaan akan diperkemas demi memastikan “persekitaran mesra perniagaan” dan “mengekalkan beban kawal selia pada tahap minimum”, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Encik Wong berkata meskipun agensi kawal selia memahami kepentingan memastikan peraturan minimum dan hanya mengenakan peraturan apabila perlu, “tetapi dari masa ke masa,...





