BANGKOK: Cik Paetongtarn Shinawatra disahkan sebagai Perdana Menteri oleh Raja Thailand pada 18 Ogos, dua hari selepas Parlimen memilihnya, membuka jalan untuknya membentuk Kabinet dalam beberapa minggu akan datang.
Cik Paetongtarn, 37 tahun, menjadi Perdana Menteri termuda Thailand, hanya beberapa hari selepas sekutunya, Encik Srettha Thavisin, dipecat sebagai Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan, sebuah badan kehakiman yang menjadi pusat kepada...





