ANNAPOLIS (Amerika Syarikat): Kedua-duanya – Iran dan Israel – harus mengelak konflik semakin meruncing, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, dalam kata-kata yang berterus terang terhadap sekutunya, Israel, ekoran ketegangan Timur Tengah semakin meningkat.
“Tiada siapa harus meningkatkan konflik ini. Kami terlibat dalam diplomasi penuh gigih dengan sekutu dan rakan kongsi, menyampaikan mesej itu terus kepada Iran. Kami...





