USTAZ MD IDRIS RIFAIE Singapura adalah sebuah negara dinamik, terkenal dengan keharmonian antara pelbagai agama, budaya dan bangsa. Masyarakat berbilang budaya ini mencerminkan intipati perpaduan dalam kepelbagaian.
Menjelang Hari Kebangsaan, penting bagi kita sebagai umat Islam merenung tentang kepentingan mencintai negara dan menjadi warganegara yang baik di samping menegakkan nilai Islam.





