BEIRUT: Ketegangan di Timur Tengah kian meningkat sedang Iran dan sekutunya bersiap sedia melakukan tindak balas menyusuli pembunuhan pemimpin politik Hamas, Encik Ismail Haniyeh, pada 31 Julai.
Amerika Syarikat, yang juga sekutu Israel, berkata mereka akan menggerakkan kapal perang dan jet pejuang ke rantau itu sementara beberapa negara Barat menggesa rakyat mereka supaya meninggalkan Lebanon, yang juga pangkalan bagi gerakan...





