“Selain keenakan makanan, saya juga pentingkan ‘persembahan’ makanan kerana bak kata pepatah, dari mata akan turun ke hati.”
Itu kata-kata Cik Siti Masitah Awang Kechik atau lebih selesa dipanggil Maksu. Beliau bukanlah satu-satunya peniaga kuih tradisional Melayu yang sohor di Malaysia, terutama di Lembah Klang.





