PARIS: Selepas melakukan luncuran nollie noseblunt 270 dan meraih pingat emas, juara dua kali papan selaju lelaki dalam Olimpik kali ini, Yuto Horigome ditanya sebab Jepun begitu mahir dalam sukan tersebut sehingga membuatkan para pemenang kategori itu ketawa semasa satu sidang akhbar.
“Soalan yang baik dan hebat,” kata pemenang pingat gangsa asal Amerika dan juara dunia enam kali, Nyjah Huston,...





