KUALA LUMPUR: PERDANA Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan mandat rakyat akan dikembalikan untuk memilih kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi negara berakhir.
Akhbar Sinar Harian melaporkan, beliau berkata, jika tidak memikirkan keadaan kes Covid-19 yang membimbangkan ketika ini, beliau sendiri bercadang untuk mengambil langkah supaya Parlimen dibubarkan.





