SEHINGGA 12 tengah hari Sabtu (28 November), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan satu kes jangkitan tempatan Covid-19 baru melibatkan pengendali gerai di Pusat Tekka.
Menurut MOH dalam kenyataannya, kes itu yang merupakan antara enam kes baru dikatakan dikesan daripada ujian pemantauan masyarakat yang dikendalikan ke atas pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka pada 26 November.





