Baru-baru ini, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu mengumumkan kementeriannya akan mewujudkan 55,000 pekerjaan dalam tempoh 10 tahun mendatang sedang Singapura menggiatkan usaha dalam pembangunan kemampanan. Ia termasuk dalam bidang perubahan iklim, serta akuakultur dan pertanian teknologi tinggi, sebagai usaha Singapura cuba meningkatkan penghasilan makanan setempat. Bakat akan dipupuk bagi menyokong usaha kemampanan di Singapura, dengan menawarkan mereka biasiswa...





