POLIS telah menangkap empat lelaki berusia antara 19 dengan 26 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata dengan cedera.
Kenyataan polis pada Jumaat (20 Nov) berkata pihaknya diberitahu mengenai kes rompakan bersenjata itu di sebuah unit di Jurong Gateway Road pada Khamis (19 Nov) sekitar 4.15 petang.





