BIRO Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memberi amaran mengenai dokumen palsu yang kini tersebar di aplikasi WhatsApp yang mendakwa datang daripada agensi itu.
Dalam satu kenyataannya semalam, CPIB berkata pihaknya menyedari beberapa orang awam telah menerima dokumen itu yang menyatakan bahawa akaun bank individu, syarikat dan pihak ketiga akan dibekukan dalam masa 24 jam untuk siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan pengubahan...





