POLIS telah memberkas dua lelaki Indonesia berusia 25 dan 58 tahun kerana kesalahan memasuki Singapura secara haram dan memiliki rokok yang tidak dibayar cukai.
Dalam kenyataannya pada Rabu (18 November), polis berkata Polis Pengawal Pantai (PCG) menerima maklumat daripada kontraktor Lembaga Taman Negara (NParks) bahawa seorang lelaki dilihat berkelakuan mencurigakan sebelum memasuki kawasan hutan berhampiran Pusat Pameran Changi.





