WALAUPUN kurang berupaya, kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah di Persatuan Disleksia Singapura (DAS) diberi peluang meningkatkan kemahiran bacaan dan ejaan.
Dalam lawatannya ke DAS di Bukit Timah Road semalam, Presiden Halimah Yacob berpeluang meninjau pelbagai program pendidikan dan perkhidmatan sokongan yang disediakan.





