DALAM usaha berterusan kita memerangi Covid-19, kita tidak harus leka melawan satu lagi penyakit yang banyak melanda masyarakat - kencing manis.
Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifl Masagos Mohamad berkata, hampir setengah bilion orang di serata dunia mengalami penyakit ini dengan di Singapura, satu daripada tiga individu menghadapi risiko menghidap penyakit ini sepanjang hayat.





