Syarikat-syarikat tidak lama lagi akan mendapati urusan berniaga di rantau ini lebih mudah dan murah apabila perjanjian perdagangan bebas baru yang meliputi seluruh rantau berkuat kuasa nanti, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing.
Bercakap kepada media selepas pemeteraian perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), Encik Chan berkata perjanjian itu akan menyediakan perniagaan dengan perlindungan harta intelektual lebih baik...





