Perjanjian perdagangan terbesar di dunia telah ditandatangani oleh pemimpin dari 15 negara selepas rundingan selama lapan tahun, satu langkah dianggap akan merangsang rantau ini sedang ia bergelut dengan krisis paling teruk dalam masa berdekad.
Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) akan membuka dagangan dalam barangan dan perkhidmatan, yang termasuk perlindungan dalam bidang seperti e-perniagaan dan harta intelektual.





