SERAMAI 162 individu yang disyaki pesalah dadah ditangkap Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu operasi serata pulau antara 14 dengan 25 September 2020.
Dalam operasi dua minggu itu, sekitar 870 gram heroin, 586 gram 'Ice', 176 gram ketamin, 47 gram bahan psikoaktif baru (NPS), 322 pil Ecstasy, 203 pil Erimin-5 dan 13 botol GHB (gamma-hydroxybutyrate) yang bernilai sekitar $260,500 dirampas.





