ORANG ramai boleh meluangkan lebih banyak masa di perpustakaan awam mulai Isnin (4 Januari) dalam tempoh Singapura memasuki fasa ketiga pembukaan semula ekonominya.
Antara Isnin hingga Jumaat, tiada batasan berapa lama pengunjung boleh berada di Perpustakaan Negara, perpustakaan awam, Arkib Negara Singapura dan muzium pameran Perang Dunia Kedua, Former Ford Factory, pada masa operasi tempat-tempat ini.





