Kita adalah sebuah rumah kehidupan pintunya bagai penentu arah dengan jendela-jendela membuka ruang pergaulan agar cahaya keriangan dan kasih sayang terus menghangatkan keakraban keluarga dan dinding-dinding keselamatan bagai jaring pemastian bagi menghalang anasir-anasir pembinasa yang mungkin menyusup liar ke dalam
Namun, yang menguatkan kediriannya ialah tiang seri kepercayaan tertancap di atas tanah berasaskan keyakinan kerana tanpanya akan robohlah rumah kehidupan...





