MENTERI Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, semalam melahirkan penghargaan kepada kakitangan politeknik dan Institut Teknikal Pendidikan (ITE).
Dalam video yang dimuatnaikkan di Facebook, Dr Maliki berkata mereka telah membantu menyemai generasi akan datang bagi memperolehi kemahiran dunia sebenar yang boleh membantu mereka melangkah ke alam pekerjaan.





