PIHAK polis telah memberkas tujuh lagi individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan menggunakan senjata di Clarke Quay Sabtu lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak polis semalam, enam lelaki berusia antara 22 hingga 33 tahun serta wanita berusia 22 tahun ditangkap atas beberapa tuduhan berkaitan insiden di Eu Tong Sen Street itu.





