KUALA LUMPUR: Kadar ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) direkodkan masih berada pada tahap tinggi.
Menurut laporan Berita Harian Malaysia, bilangan tangkapan dan kompaun harian oleh pasukan petugas khas operasi pematuhan terhadap individu engkar SOP dan peraturan PKPP berada pada lingkungan tiga angka, sejak kebelakangan ini.





