MULAI Isnin (14 September), khidmat solat jenazah akan disambung semula di 24 masjid selain Masjid Pusara Aman dan Masjid Maarof.
Menjelaskan demikian di laman Facebook pada Sabtu (12 September), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan solat jenazah akan diteruskan dengan Langkah Pengurusan Keselamatan diamalkan sejajar dengan ketetapan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).





