MARAH kerana dia diekori pegawai polis tambahan yang sebelumnya mendekatinya kerana membuang sampah, seorang lelaki berusia 53 tahun menendang salah seorang daripada mereka di lutut, bahkan melempar basikal ke arah mereka.
Akibat kesalahan itu, Sulaiman Shaik Alladin semalam dihukum penjara selama 18 minggu.





